Friday 26 April 2019

Backpacker ke Negara Brunei 🇧🇳 Darussalam

<NEGARA BRUNEI 🇧🇳 DARUSSALAM >
>13 - 16 April 2019<

Assalamualaikum semua......
Lama dah tak update blog kasut buruk ni. Dah bersawang sampai labah-labah pun bercucu cicit.... Rasanya last sis update pasal trip ke Padang@sumatera Barat. Itu pun tak habis lagi nak cerita.. Ahhh malas laa nak sambung. Hahaha..

Ok. Memandangkan sis baru balik dari NEGARA BRUNEI 🇧🇳, sis rasa macam nak story-mory la sikit kat sini tentang pengalaman, tips dan bajet yang sis dah lalui dan gunapakai kat sana.

Tiket Air Asia.
Nampak tak.... Sis booked tiket pada 21 May 2018. Hampir setahun sis beli tiket penerbangan. Untuk tips dapatkan tiket harga murah, pastikan beli semasa Air Asia tengah buat promosi. Tak apa lah kalau setahun lagi nk terbang pun. Boleh lah sis buat persedian + kumpul duit..
Sebabnya:
Setiap tahun sis akan beli apa2 tiket untuk traveling. That mean tahun ni sis dh beli tiket untuk travel pada tahun depan. Tetapi tahun ni sis kena travel sebabnya tahun lepas sis dah beli tiket ke 1 destinasi lain. (harap faram Apa yg sis bagitau ni.. Haha)

Sila percaya:
Hahaha. Sila percaya bahawasanya sis telah membeli tiket ke Brunei 🇧🇳 hanya berharga RM148.20 sahaja untuk 2 orang, tiket pergi dan balik!!
Jadi untuk seorang hanya RM74.10 (return)  DAN HANYA RM37.05 SHJ/WAY!!
😱😱😱😱😱.  Rasanya kalau tiket sis balik kampung lagi mahal tau. Naik bas pun rm48 dah perway..


Tukaran Matawang

Untuk trip ke Brunei ni sis tukar tak banyak pun. Cuma BND200 sahaja iaitu bersamaan RM602. Jumlah ini untuk kegunaan 2 orang. Sebab sis tak belanja sangat sis bawa pulang lebihan duit sebanyak BND46. Apalagi duit lebih tu sis baru je tukar balik rasanya dalam rm137 macam tu. Sis dah lupa..

BND200 sahaja

13 APRIL 2018
.
Sis dah check in awal2 secara online.
Jam 8. 30 pagi sis keluar rumah dan pergi sarapan dulu. Sis kalau pagi suka makan roti canai. Kat area rumah ni memang terbaik la roti canai kuah kari kambing...
.
Selesai makan terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sis akan parking kereta kat TBS dan ambil Jet Bus ke KLIA2. Tiket bas rm11 seorang. Perjalanan ambil masa dalam 45 minit. Syok la sebab boleh tidur dalam bas..
.
Sis tak beli pun luggage 🛅 cuma carry 7kg sahaja la. Tapi untuk pulang sis ambil 25kg. Senang sis nk cargo apa2 barang nanti.
.
Tips:
Kat Airport Brunei ketat sikit ye masa nk check in luggage atau carry barang. Memang strick ok! So saya suggest silalah ambil luggage 20kg atau 25kg. Supaya anda tak menyesal di kemudian hari.
Masa nk check in barang staff akan timbang juga beg yang anda akan carry masuk. Yang tak lebih 7kg tu. Dan masa nak scan barang pun very strick juga. Sebab ada orang depan sis tu kena check backpack dia. Make sure jangan carry cecair atau ubat gigi pun kena tahan tau. Hihi.  Kalau ada air mineral sila minum habis. Tapi jangan buang botol ye. Kat dalam nanti ada mesin coway boleh refill balik dalam botol.
Ok. Jangan lega sangat ye lepas scan beg dan kastam. Sebab nanti akan ada staff yg akan timbang lagi beg anda semua. Hahhahaha. Make sure you all jangan seludup beg lain. Sbb lebih kilo akan kena bayar dengan nilai Brunei Dollar walaupun 1kg je lebih. Haha.

Ready nak masuk dalam kapal
Penerbangan ke Brunei 🇧🇳 ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.. Oleh sebab lama atas awan ni, sis wajib akan pre-booked meal. Makan kenyang lepastu boleh tido.... Zzzzzzz
Pastikan anda bawa ballpen ye. Sebab Pramugari akan edarkan pass untuk anda isi siap2. 
So bila sampai Airport nanti terus beratur kat Imegresen sahaja. Sebab pass entering sudah isi siap2 tadi...

Sis kalau pergi mana2 negara mesti ambil gambar before touch down (1st impression is very important).. Hehe


Pengangkutan

Trip kali ini memang betul- betul backpacker. Bermodalkan hanya BND200 untuk 2 orang selama 4 hari 3 malam sis betul2 kena berjimat. Oleh itu sis pilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama. Bas kat sini pun sis rasa macam ok. Tiket hanya 1 ringgit sahaja. (Di Brunei semua urusan disebut ringgit, BND1= seringgit) -> uolsss jangan bagi RM pulak tau. Haha

Sila download dart application untuk kemudahan anda dikemudian hari. Download dan register siap2 di malaysia

Sis memang tak guna taksi kat sana. Sebab taksi rate dia biasalah mahal. Contohnya kalau Bandar ke Gadong mall harga taksi mungkin 15ringgit. Tetapi kalau guna dart hanya 5-7 ringgit sahaja. Kalau nk jimat lagi ambil bas hanya 1 ringgit sahaja.
.
Stesen bas besar Bandar Sri Begawan (BSB) terletak di jalan cator. Tetapi bila anda naik bas hanya sebut ke 'bandar' sahaja.
.
Keluar je pintu Airport sila ke kiri dan di hujung sana ada kerusi untuk menunggu bas. Silalah tunggu bas mungkin dalam 20 minit atau 30 minit. Sebab di Brunei public transportation tak berapa efficient kerana Rakyat brunei semua ada kenderaan sendiri. Kebanyakan yang guna public transport ini adalah foreigner juga. Sis rasa driver bas pun foreigner juga. Haha.
.
Sis ambil bas no 23 (warna hijau) terus ke bandar. Tiket 1 ringgit.

Tempat menunggu bas (sumber google) 

Bas no 23. Airport-bandar-Airport (sumber Google) 


Kfc kat Brunei airport. Keluar je terus beli kfc. Sis nk try la kfc Brunei macam mana. Harga 7 ringgit. Mahal sikit agaknya sebab harga airport. BTW kfc malaysia lagi sedap..