Monday 16 December 2019

Step 1 : Proses pembelian Rumah - RUMAWIP

Assalamualaikum...

Memandangkan tak ramai yang post mengenai prosidur pembelian rumah RUMAWIP maka saya ingin menceritakan pengalaman saya.
.
Walaupun baru.. Tetapi saya cuba menceritakan perjalanan saya untuk memiliki satu unit apartment yg bernilai RM198,000.00.
.
Sebenarnya hari ini (16 Dec 19) saya baru menyerahkan borang permohonan saya untuk Residensi Razakmas 2. Memandangkan unit rumah yang baru dibuka adalah tidak banyak tetapi saya ingin mencuba manalah tau kalau ada rezeki saya jika permohonan saya berjaya nanti.  Hihi
.
Untuk permohonan, saya telah melengkapkan semua dokumen seperti Surat Akuan sumpah pendapatan (print dari portal RUMAWIP), salinan 3 bulan slip gaji, copy ic pemohon & pasangan, kwsp, surat pengesahan jawatan kerja, dll. (rujuk portal).
.
Untuk Residensi Razakmas 2 yg bernilai Rm198,00.000, 10% yg perlu disediakan adalah sebanyak RM19800.00. TETAPI!!!. Sila sediakan dahulu RM15,000  semasa submit borang. Hanya dibenarkan menggunakan wangdraf/cheque atau cash. Tidak boleh transfer online.  Saya guna cara yg lebih selamat dan senang iaitu membuat bankdraft.Hihi
Memandangkan duit ada di bank 'rimau', saya terus je ke maybank kerana proses bayaran hanya debit dari acc simpanan sahaja. Tak perlu nak withdrawal etc. Dan lagi satu kalau buat pengeluaran nanti berapa kali kena caj kalau pegi buat bankdraft di bank lain.
.
Permohonan sudah dihantar.
Dan masa menunggu adalah diantara 3-6 bulan.
.
Jika permohonan ditolak. Duit pendahuluan tadi sebanyak RM15k akan di refund semua dgn t&c.
.
Apa2 nanti sy update lagi ye... 🤭
Doakan semoga permohonan saya berjaya

Friday 26 April 2019

Backpacker ke Negara Brunei 🇧🇳 Darussalam

<NEGARA BRUNEI 🇧🇳 DARUSSALAM >
>13 - 16 April 2019<

Assalamualaikum semua......
Lama dah tak update blog kasut buruk ni. Dah bersawang sampai labah-labah pun bercucu cicit.... Rasanya last sis update pasal trip ke Padang@sumatera Barat. Itu pun tak habis lagi nak cerita.. Ahhh malas laa nak sambung. Hahaha..

Ok. Memandangkan sis baru balik dari NEGARA BRUNEI 🇧🇳, sis rasa macam nak story-mory la sikit kat sini tentang pengalaman, tips dan bajet yang sis dah lalui dan gunapakai kat sana.

Tiket Air Asia.
Nampak tak.... Sis booked tiket pada 21 May 2018. Hampir setahun sis beli tiket penerbangan. Untuk tips dapatkan tiket harga murah, pastikan beli semasa Air Asia tengah buat promosi. Tak apa lah kalau setahun lagi nk terbang pun. Boleh lah sis buat persedian + kumpul duit..
Sebabnya:
Setiap tahun sis akan beli apa2 tiket untuk traveling. That mean tahun ni sis dh beli tiket untuk travel pada tahun depan. Tetapi tahun ni sis kena travel sebabnya tahun lepas sis dah beli tiket ke 1 destinasi lain. (harap faram Apa yg sis bagitau ni.. Haha)

Sila percaya:
Hahaha. Sila percaya bahawasanya sis telah membeli tiket ke Brunei 🇧🇳 hanya berharga RM148.20 sahaja untuk 2 orang, tiket pergi dan balik!!
Jadi untuk seorang hanya RM74.10 (return)  DAN HANYA RM37.05 SHJ/WAY!!
😱😱😱😱😱.  Rasanya kalau tiket sis balik kampung lagi mahal tau. Naik bas pun rm48 dah perway..


Tukaran Matawang

Untuk trip ke Brunei ni sis tukar tak banyak pun. Cuma BND200 sahaja iaitu bersamaan RM602. Jumlah ini untuk kegunaan 2 orang. Sebab sis tak belanja sangat sis bawa pulang lebihan duit sebanyak BND46. Apalagi duit lebih tu sis baru je tukar balik rasanya dalam rm137 macam tu. Sis dah lupa..

BND200 sahaja

13 APRIL 2018
.
Sis dah check in awal2 secara online.
Jam 8. 30 pagi sis keluar rumah dan pergi sarapan dulu. Sis kalau pagi suka makan roti canai. Kat area rumah ni memang terbaik la roti canai kuah kari kambing...
.
Selesai makan terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sis akan parking kereta kat TBS dan ambil Jet Bus ke KLIA2. Tiket bas rm11 seorang. Perjalanan ambil masa dalam 45 minit. Syok la sebab boleh tidur dalam bas..
.
Sis tak beli pun luggage 🛅 cuma carry 7kg sahaja la. Tapi untuk pulang sis ambil 25kg. Senang sis nk cargo apa2 barang nanti.
.
Tips:
Kat Airport Brunei ketat sikit ye masa nk check in luggage atau carry barang. Memang strick ok! So saya suggest silalah ambil luggage 20kg atau 25kg. Supaya anda tak menyesal di kemudian hari.
Masa nk check in barang staff akan timbang juga beg yang anda akan carry masuk. Yang tak lebih 7kg tu. Dan masa nak scan barang pun very strick juga. Sebab ada orang depan sis tu kena check backpack dia. Make sure jangan carry cecair atau ubat gigi pun kena tahan tau. Hihi.  Kalau ada air mineral sila minum habis. Tapi jangan buang botol ye. Kat dalam nanti ada mesin coway boleh refill balik dalam botol.
Ok. Jangan lega sangat ye lepas scan beg dan kastam. Sebab nanti akan ada staff yg akan timbang lagi beg anda semua. Hahhahaha. Make sure you all jangan seludup beg lain. Sbb lebih kilo akan kena bayar dengan nilai Brunei Dollar walaupun 1kg je lebih. Haha.

Ready nak masuk dalam kapal
Penerbangan ke Brunei 🇧🇳 ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.. Oleh sebab lama atas awan ni, sis wajib akan pre-booked meal. Makan kenyang lepastu boleh tido.... Zzzzzzz
Pastikan anda bawa ballpen ye. Sebab Pramugari akan edarkan pass untuk anda isi siap2. 
So bila sampai Airport nanti terus beratur kat Imegresen sahaja. Sebab pass entering sudah isi siap2 tadi...

Sis kalau pergi mana2 negara mesti ambil gambar before touch down (1st impression is very important).. Hehe


Pengangkutan

Trip kali ini memang betul- betul backpacker. Bermodalkan hanya BND200 untuk 2 orang selama 4 hari 3 malam sis betul2 kena berjimat. Oleh itu sis pilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama. Bas kat sini pun sis rasa macam ok. Tiket hanya 1 ringgit sahaja. (Di Brunei semua urusan disebut ringgit, BND1= seringgit) -> uolsss jangan bagi RM pulak tau. Haha

Sila download dart application untuk kemudahan anda dikemudian hari. Download dan register siap2 di malaysia

Sis memang tak guna taksi kat sana. Sebab taksi rate dia biasalah mahal. Contohnya kalau Bandar ke Gadong mall harga taksi mungkin 15ringgit. Tetapi kalau guna dart hanya 5-7 ringgit sahaja. Kalau nk jimat lagi ambil bas hanya 1 ringgit sahaja.
.
Stesen bas besar Bandar Sri Begawan (BSB) terletak di jalan cator. Tetapi bila anda naik bas hanya sebut ke 'bandar' sahaja.
.
Keluar je pintu Airport sila ke kiri dan di hujung sana ada kerusi untuk menunggu bas. Silalah tunggu bas mungkin dalam 20 minit atau 30 minit. Sebab di Brunei public transportation tak berapa efficient kerana Rakyat brunei semua ada kenderaan sendiri. Kebanyakan yang guna public transport ini adalah foreigner juga. Sis rasa driver bas pun foreigner juga. Haha.
.
Sis ambil bas no 23 (warna hijau) terus ke bandar. Tiket 1 ringgit.

Tempat menunggu bas (sumber google) 

Bas no 23. Airport-bandar-Airport (sumber Google) 


Kfc kat Brunei airport. Keluar je terus beli kfc. Sis nk try la kfc Brunei macam mana. Harga 7 ringgit. Mahal sikit agaknya sebab harga airport. BTW kfc malaysia lagi sedap.. 

Tuesday 9 May 2017

PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA KANUN KESEKSAAN

PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA KANUN KESEKSAAN


PENIPUAN ON9 BOLEH DIDAKWA MENGIKUT Seksyen 415, 416, 419, 420 Kanun Keseksaan:

Seksyen 415 iaitu:

Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;

(a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau

(b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.

Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.

Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.

Jika tiada harta yang terserah kepada pihak yang satu lagi hukuman boleh dikenakan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum PENJARA LIMA TAHUN atau denda atau kedua-dua sekali.

Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.

Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.

Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.

Di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah PENJARA tidak melebihi daripada TUJUH TAHUN atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah.

Hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu PENJARA tidak kurang dari SATU TAHUN dan tidak lebih daripada 10 TAHUN dan hendaklah dikenakan SEBATAN dan juga denda.

Saturday 18 October 2014

Trip Ke Padang (Sumatera Barat) Indonesia- DAY 2

DAY-2 -Bukit Tinggi Indonesia
10 OCT 2014

Haaaaa.... Akhirnya aku gagahi jugak untuk sambung citer hari ke-2 di Bukit Tinggi Indonesia...

Hari ke dua Aku kunci jam pada pukul 5am.. ( termasuk waktu untuk peram2 mata dlu.. 5-10 minit ).. Sudah kemas2 siap2 bagai.. kul 7am bekpes dlu kt hotel.. sbb kitaorg akan berkumpul kt bus kul 8am.. Seingat aku sepanjang berada kt Padang ini mesti ada menu lontong masa bekpes kt hotel.. (menu wajib hadoo kot) menu lain2 tue mcm biaso ler.. nasi goreng, mee goreng, tempe etc..
Keluar je dari pintu hotel nk ke bus, aikkkkkk.. ada "Pasar kaget" dpn hotel.. sepasang suami isteri tgh niaga kain sarung, telekung, blouse, jubah dah semua la yg boleh menggugat Rupiah aku dlm poket. Tp sbb bas dah tunggu, mls la nk singgah tgk.. kang lama plk duk pilih2 kain.. huhuhuhuh (But lastly mmg aku shopping dgn akak tu je, mmg Murah wei..klau nk banding tmpt lain.) 

Perjalanan hari ke-2 diteruskan ke Kg halaman Buya Hamka.. sebelum tu kena tempohi kelok 44.. OTW ke kelok 44 tu kami singgah skjp kt Kedai Annisa nie.. 


Singgah sambil cuci mata

Sebahagian Ahli Rombongan kami

Posing jer lebih 
Aku xde beli apa2 pun kt sini.. tp blouse yg same mcm kakak pasar kaget depan hotel tu harganya RP180.000 kt butik nie.. Seingat aku kakak dpn hotel tu cakap RM25 je (RP90.000) masa aku lalu nk naik bus tue.. So, hati dan berbunga2 nk rembat dpn hotel je.. hihihihi

So perjalanan diteruskan menuju ke Rumah Hamka melalui Kelok 44.. sambil tu cuci mata tgk pemandangan yg cantik ini.. Org kt sini tanam padi xde musim.. kira tanam je.. so bekalan padi xkan putus-putus la.. Rasanya padi bukit kot aku tengok bertingkat2 je sawahnya. 

sawah padi 

singgah beli aiskrim labu, kacang & dahlia

Es Cendol labu




Perjalanan kami bermula dari atas ke bawah
Selekoh tajam

Buya Hamka











Sunday 12 October 2014

Trip ke Padang (Sumatera Barat) Indonesia - DAY 1


Assalamualaikum w.b.t
hihihi... mcm kelakor plk... berjalan dah merata-rata tempat, tp skrg baru nak berjinak2 jgn "story morey"  my experience  atau apa2 sajalah yg ada kaitan dengan cara bercerita  di dlm ati sambil meluahkan melalui jari jemari diatas keyboard my lappy ini.. (hukhukhuk) 

Aku sebenarnya nk ceritakan pengalaman aku n d'geng selama 4h3m (9 oct - 12 oct 2014) di Sumatara barat atau lebih dikenali sebagai Padang (kalau korang tgk dlm air asia la). Al-kisahnya aku suka beli tiket awal2 masa air asia tgh buat promosi. Masa tue aku tolong belikan utk member2 aku dengan harga RM102 sorang (return). Beli tiket pada bulan Feb-14 dgn niat nk fly bln Oct-14. Yang aku sendiri plk masa tue beli tiket balik je dlu rasanya masa tue rega RM40. konon2 nye nanti bila aku nk beli tiket pergi tue dapat rega promosi lagi (mybe masa tue budget xcukup nk beli 2way terus). lastly aku beli jgk tiket pergi dengan harga RM169 (tue kira dah last minute & aku andaikan mmg dah xde promosi kot sbb lagi 2 minggu sblum tarikh dirancangkan.. Padan muka aku!!)

Bila dicampur tolak, akhirnya group kami seramai 13 dewasa & 1 infant. Berangkatlah kami pada 9oct14 jam 7.40am seramai 11 org dan 3 orang lagi naik flight tengahari. Opssss.. Sebelum tue aku nk citer, setelah duk sibuk servey2 pakej tour, akhirnya aku tertarik, terpana, terjatuh gedebak gedebuk dgn salah satu tour nie.. aku rasa dia offer lagi lumayan. cuba korang kira congak tambah tolak pakej utk 13 dewasa (infant tu free je) utk 4h3m (hotel, transport, makan 3xsehari) dengan harga Rm365 sowang.. korang rasa murah ke idak??? tiket kapal tu asing ler dah aku citer kt atas tu tiket pergi balik rm102 jer sowang.. isk... idok paham2 nih!.. Ok. bila dah bayor pakej tue, korang hanya bwa duit utk belanja shj.. juga duit airport tax RP100.000 sowang.. (pastikan korang dah asingkan dlm envelope lain, gam kan terus..) aku takut korang terguna kang xpasal2 xleh balik mesia mentang2 la kain kt sana murah2 kang shopping sampai xhingat nanti.. hihihi... pasal saper tour guide tue nanti aku citer n bg contact number.. korang baca dlu abis citer aku nie.. kang kalau aku bagi skrg xdan2 korang tinggalkan blog aku nie n terus whatsapp tour tu. (hahahahah)

Meh aku belanja korang gambo sekeping dua... bior gambo  yang berbicara...

airport minagkabau belah dlm.. 

masa sampai tue terus bawa kami semua bekpes kt sini

Kat Lamun Ombak nie bekpes kitaorg xmasuk dlm pakej sbb pakej start dari lunch. So kena bayor sendiri... meh tgk apa yg aku order.. 

Martabak Mesir
RP20,000 = RM5.50
Jus Sirsak & jus Pokat
setiap satu RP13,000 =RM3.60
Mee Goreng Special
RP32.000 = RM8.90


Ok, dah kenyang tu kitaorg terus gerak ke bukit tinggi sbb 2 mlm di bukit tinggi dan 1 mlm sebelum berangkat pulang tu di hotel area Padang. On the way ke bukit tinggi kami singgah2 ditempat2 yg menarik...

Lembah Anai Air Mancur
Air terjun nie mmg tepi jalan. kitaorg singgah la kejap amik gambo.. xkan nak mandi plk. aku tgk xde pun org mandi.. huhu. kemudian kami langsung ke wisata lain.. 


Rumah Gadang
Susun atur di dalam rumah Gadang
3 dara Pingitan dan aku bini orang.. hahaha


kat sini kami diberi taklimat mengenai sejarah Rumah Gadang ini. Korang boleh mencuba pakaian org minang ini dengan harga RM10 atau RP35.000. mula2 aku ingat kan Free rupanya ada Fee.. hehe. tp xpe la.. berbaloi jgk. bila lg nk merasa kan.. nk dtg lagi ke padang nie belum tentu lagi bila... Owhhhhhh... aku lupa nk citer.. aku tukar duit hanya 1juta Rupiah shj okey!!!! rate dgn Rm276. aku nie bkn nk shopping sngt pun, bwa kamera 1 dah cukup. Trip kali nie aku nk belanja utk diri sendiri je.. minum fruit juice puas2.. rasa mknan itu, rasa makanan ini.. Telekong pun dah byk last trip pi vietnam aku dah rembat. hihihi



Lunch yg sudah ditaja (masuk pakej)


Masakan Padang



Pakej lunch kitaorg ialah air putih shj yg free.. kalau mau juice kna byr sendiri.. itu aku xkesah.. aku tetap akan order juice jgk... rugi wei kalau datang Indonesia xtry juice..masa nie aku order Orange Juice..RP13,000. Tp orange juice nye aku kurengg sikit mybe dia guna limau mandrin kot.... 

ini senarai juice... 

Perjalanan ke Bukit Tinggi diteruskan.. kemudian kami singgah di kedai kain sulaman yg terkenal. Kalau ikutkan mmg bas kami berhenti dpn kedai "Pandai Sikek". Telekong dan baju Sulaman bkn main byk cantikk..Harga pun boleh tahan jgk.. Sekali tanya telekong ini berapa ribu.. ada yg RP700k, ada yg RP300k.. tp mmg cantikla.. Oleh sbb aku nie dtg bkn nk shopping.. akupun kluar la dari kedai tu. saje plk jenjalan kt kedai depan, sebelah.. ushar2 harga.. (padahal xnak beli pun). Rupanya kedai depan tu jauh lebih murah.. (hahahahaha)

Kedai Namira


Kat Kedai Namira tue la aku rembat 2 helai kain cotton sulam (RP175k sepasang), dan telekong sulam pun harga Rp175k..(Itu semua yg member kirim, dah bagi duit Rupiah siap2 hokey!!!) lau xsilapnye kedai sblum tu aku g tanya harga semuanya Rp200k dan keatas.. 

Setelah singgah 2-3 kedai kain sulaman, rombongan kami terus ke Hotel Royal Denai view utk check in bilik. Hotel 2 bintang je sesuai dengan pakej Jimat yg kami pilih.. hihihi.. hotel ok, not bad! untuk tidur je kan...so xpayah la nak ber'jacuzzi bagai.. hahaha... seusai solat jamak, aku n laki aku kuar jenjalan. Geng2 lain agaknya tengah berehat urut kaki la kot.. (andaian yg xleh blahh!! haha). Berjalan kaki di kawasan sekitar untuk  mencari "kartu simpati" (simkad).. aku beli simkad dengan harga RP5.000 jer.. (RM1.50) siap internet bagai wei...(internet 1.5GB, pulsa RP3.000)


BON = Hutang

Dah siap semuanya, kami balik hotel sempatlah rehat kejap sambil layan whatsapp yg berduyun2 masuk (maklumler baru active'kn internet). Jam 7mlm (waktu indon lewat sejam, kalau ikut waktu mesia ialah kul 8pm) kami semua berkumpul di lobby hotel untuk pergi mkn malam. 


Dinner Pertama kami di sini

Satay Hayuda


Jus Tomat & Soto 


Juice malam itu aku try jus Tomat (tomato). Sangat enak!! yg korang nampak nasi tu, aku sebenarnya bukan order nasi putih + sup sayur etc. aku just order nk 
SOTO. Xsure plk la soto kt sini mmg dihidangkan dgn nasi putih canggini atau nasi impitnya dah abis... huhu apapun layan je la... 

Selepas Kenyang

Dah kenyang ape lagi..... Balik hotel membuta la...... hahaha....   esoknya  byk lg tempat untuk dilawati...


~~~~ To be continue~~~~