Monday 16 December 2019

Step 1 : Proses pembelian Rumah - RUMAWIP

Assalamualaikum...

Memandangkan tak ramai yang post mengenai prosidur pembelian rumah RUMAWIP maka saya ingin menceritakan pengalaman saya.
.
Walaupun baru.. Tetapi saya cuba menceritakan perjalanan saya untuk memiliki satu unit apartment yg bernilai RM198,000.00.
.
Sebenarnya hari ini (16 Dec 19) saya baru menyerahkan borang permohonan saya untuk Residensi Razakmas 2. Memandangkan unit rumah yang baru dibuka adalah tidak banyak tetapi saya ingin mencuba manalah tau kalau ada rezeki saya jika permohonan saya berjaya nanti.  Hihi
.
Untuk permohonan, saya telah melengkapkan semua dokumen seperti Surat Akuan sumpah pendapatan (print dari portal RUMAWIP), salinan 3 bulan slip gaji, copy ic pemohon & pasangan, kwsp, surat pengesahan jawatan kerja, dll. (rujuk portal).
.
Untuk Residensi Razakmas 2 yg bernilai Rm198,00.000, 10% yg perlu disediakan adalah sebanyak RM19800.00. TETAPI!!!. Sila sediakan dahulu RM15,000  semasa submit borang. Hanya dibenarkan menggunakan wangdraf/cheque atau cash. Tidak boleh transfer online.  Saya guna cara yg lebih selamat dan senang iaitu membuat bankdraft.Hihi
Memandangkan duit ada di bank 'rimau', saya terus je ke maybank kerana proses bayaran hanya debit dari acc simpanan sahaja. Tak perlu nak withdrawal etc. Dan lagi satu kalau buat pengeluaran nanti berapa kali kena caj kalau pegi buat bankdraft di bank lain.
.
Permohonan sudah dihantar.
Dan masa menunggu adalah diantara 3-6 bulan.
.
Jika permohonan ditolak. Duit pendahuluan tadi sebanyak RM15k akan di refund semua dgn t&c.
.
Apa2 nanti sy update lagi ye... 🤭
Doakan semoga permohonan saya berjaya